KOLEKSI SOALAN

SOALAN OBJEKTIF

Tiap-tiap soalan diikuti dengan tiga pilihan jawapan A, B, C dan D atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan kertas jawapan.

Soalan 1 – 30.

Pilihan jawapan yang paling sesuai.


1. Ayah menebas __________dengan menggunakan sebilah sabit.
A. lalang                                                C. pokok
B. pepohon                                        D. belukar

2. Datuk menghidap penyakit ________________.
A. ubat                                                 C. polis
B. jantung                                           D. jururawat

3. Saiful membaca _______________ di bilik bacaan.
A. kaset                                                C. novel
B. setem                                              D. radio

4. Bangunan yang tertinggi di negara kita ialah  __________________

A. Menara Kuala Lumpur
B. Pusat Dagangan Dunia Putra
C. Menara Berkembar Petronas

5. Ibu pergi ke  ___________ untuk membeli ikan.

A. bank
B. pasar
C. laut
  
6. Wani menunjukkan beberapa _______________ poskad yang dihantar oleh kawan-kawannya.

A. helai                                                 C. buah
B. keeping                                           D. naskhah

7. Jamil membeli se___________ mancis.

A. kotak                                               C. naskhah
B. ketul                                                 D. buah

8. Ayah mennggunakan se__________sabit untuk memotong rumput.

A. biji                                                     C. batang
B. bilah                                                 D. buah                                                                                                          

9. _____________ buah rumah itu musnah dalam  kebakaran pada petang semalam.
A. Kedua                                              C. Dua-dua
B. Kedua-dua                                     D.Berdua-dua

10. Ikan sungai itu berbau __________.
A. hanyir                                              C. tawar
B. masam                                            D. manis

11. Halaman rumah Suhaiza sungguh ___________.
A. longgar                                            C. luas
B. lebar                                                 D. panjang

12. Jamil membeli se___________surat khabar.
A. kotak                                               C. naskhah
B. ketul                                                 D. helai

13. Hadi tidak mahu makan _________ dia kenyang.
A. sambil                                              C. kerana
B. oleh itu                                            D. sambil
                                                                       
14. __________ hari Ahad, saya sekeluarga pergi berkelah di Teluk Batik.
A. Di                                                     C. Dengan
B. Pada                                                 D. Daripada

15. Dia ______________ kecewa akan sikap kawannya   yang talam dua muka.
A. merasa                                            C. berasa
B. terasa                                              D. kerasa
                                                                                                         
16. Ali terlantar di hospital selam _________ akibat kemalangan jalan raya.
A. sejuta                                              C. sebulan
B. sebulan                                            D. beberapa

17. Aina berasa sungguh gembira kerana dia mendapat tempat yang __________ dalam pertandingan itu.
A. satu                                                  C. banyak
B. setengah                                           D. pertama

18. Kami sekeluarga ber_____________kerana kejayaan cemerlang abang dalam peperiksaan UPSR.
A. besar hati                                      C. kecil hati
B. busuk hati                                      D. ada hati

19. Jangan _____________ dengan menyatakan budak itu mencuri baju kamu.
A. mulut murai                                  C. serkap jarang
B. angkat muka                                 D. tangkai jering

20. _________, besarnya anting-anting kamu !
A. Eh                                                      C. Amboi
B. Nah                                                   D. Cis

21. _________, sudah lama kita tidak bertemu !
A. Wah                                                 C. Oh
B. Eh                                                     D. Aduh                                                                                                                

22. _________kah di dalam kotak itu?
A. Mana                                               C. Bila
B. Apa                                                  D. Siapa

23. Setiap pagi, peraih itu bersampan ke kuala untuk menjual barang jualannya.
        Perkataan berlawanan bagi kuala ialah
A. muara                                              C. hulu
B. tengah                                             D. hilir

7
24. Lauk-pauk yang dihidangkan itu sungguh lazat.
Perkataan seerti bagi lazat ialah
A. garing                                              C. sedap
B. pedas                                               D. lemau

25. Saya ke pejabat bersama Fatehah.
       Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
A. Siapakah yang ke pejabat ?
B. Bagaimanakah kamu ke pejabat ?
C. Kamu ke pejabat dengan siapa ?
D. Di manakah pejabat kamu ?

26. Bagaimanakah dia memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ?.
       Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
A. Dia rajin belajar dan sentiasa membuat ulangkaji.
B. Tidak, dia tidak membuat ulang kaji.
C. Saya rasa tidak penting.
D. Adiknya lebih pandai daripada kakak.                                                                                                                                

27. Air mukanya nampak jernih setelah mendapat berita itu.
       Perkataan berlawanan bagi jernih ialah
A. hodoh
B. jelita
C. kotor
D. keruh

28. Ayah __________ adik supaya belajar dengan tekun kerana peperiksaan sudah semakin hampir.
A. teringat
B. mengingatkan
C. mengingati
D. diingatkan

29. Beg wanita itu diperbuat _________ kulit.
A. dari
B. daripada
C. kepada
D. akan

30. Dia memeluk ibunya ________ menangis.
A. atau
B. tetapi
C. sambil
D. supaya                                                                                                                                                                                            


SOALAN PEMAHAMAN


Baca dan fahami petikan di bawah ini. Kemudian jawab soalan –soalan yang berikut.

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang. Nama sebenarnya ialah Teuku Zakaria bin Teuku Puteh. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Francis Light dan seterusnya di Penang Free school. Pada zaman Jepun, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menyertai Sekolah Tentera Laut Jepun. Semasa di sekolah ini, beliau mempelajari lagu Jepun.
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ialah seniman yang serba boleh. Beliau ialah pelakon, pelawak, penyanyi, pencipta lagu, dan pengarah filem. Beliau telah memenangi pingat khas The Most Versatile Talent di Pesta Filem Asia 1963 di Tokyo, Jepun. Sebelum itu beliau telah dianugerahi Pingat Ahli Mangku Negara (AMN). Anugerah ini bagi menghargai jasa-jasa beliau dalam bidang seni. Untuk memperolehi kejayaan, pelbagai liku telah dilalui oleh seniman agung ini. Beliau amat tekun melakukan sesuatu kerja. Walaupun beliau sudah lama meninggalkan kita, namun namanya masih terpahat dalam ingatan kita.

1. Bilakah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dilahirkan ?.
A. 22 Mac 1929
B. 23 Mac 1929
C. 24 Mac 1929
D. 25 Mac 1929
                                                                                                                                                                                            
2. Apakah nama sebenar Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ?
A. Teuku Zakaria bin Teuku Ismail
B. Teuku Zakaria bin Teuku Puteh
C. Tengku Abdul Rahman Putra
D. Tengku Faris Petra                                                                                                                                                     

3. Yang berikut ialah sikap Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, kecuali....
A. gigih berusaha
B. tabah
C. malas
D. tekun

4. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang  Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
A. Beliau mendapat pendidikan di sekolah Francis Light.
B. Beliau ialah seniman yang berbakat dalam bidang seni.
C. Beliau pernah memenangi pingat khas dalam Pesta Filem Asia 1963 di Tokyo.
D. Beliau seorang Tentera Laut Jepun.

5. Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara ( AMN ) kerana .
A. menghargai kejayaan beliau sebagai pelakon.
B. menghargai pengorbanan beliau mempertahankan negara.
C. menghargai jasa-jasa beliau dalam bidang seni.
D. menghargai jasa-jasa beliau melatih bakat-bakat baru dalam bidang seni.


No comments:

Post a Comment