RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN




            Pelan Pengajaran (RPH)

Mata Pelajaran      : Bahasa Malaysia
Kelas                       :Tahun 1 Mawar
Tema/Tajuk             :Bersih dan Sihat/ Rumah Bersih
Masa                       :7.45 – 9.45 pagi (60 minit)

Standard Kandungan
:
2..2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber  dengan  sebutan yang betul
5.1  Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
               
 Standard Pembelajaran:
 2.2.2 Membaca dan memahami frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga  suku kata, diftong, vocal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan  sebutan yang betul
5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja dengan betul mengikut konteks,  golongan kata  dengan betul mengikut konteks.         

Objektif Pembelajaran:
 Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
i. Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
ii. Memahami dan menggunakan kata kerja dengan betul.

 Pengisian Kurikulum:
Ilmu : Pendidikan Moral, Dunia Muzik
Nilai: Patuh, Kerjasama, sopan-santun, hormat-menghormati.
Peraturan sosiobudaya:  Berbudi bahasa
Elemen Nilai TambahElemen MerentasKurikulum (EMK):

Kecerdasan Pelbagai : Seni dan Muzik, kinestatikTMK , belajar melalui TMK,  Kreativiti dan  Inovasi.
Pengetahuan sedia ada: Murid tahu tentang pergerakan manusia.
Kosa kata : Lompat, ketawa, lari, tepuk, lari, susun

Sintaksis : Ayat tunggal –kata kerja.


Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

  Set induksi
(5 minit)

Sampul Ajaib’
1. Lompat 3x
2. Lari keliling kelas
3. Jalan ke papan hitam
4. Ketawa kuat-kuat

*  Guru meminta murid memilih
    secara rawak ‘ Sampul Ajaib
    yang terdapat dalam  kotak
    yang disediakan.
*   Murid yang dipilih datang
     ke hadapan dan mencabut  kertas
     di dalam sampul  tersebut lalu   
     membacanya dengan kuat di
     hadapan kelas.
 *   Murid- murid yang lain diminta
     mendengar dengan baik dan
     memberi respon terhadap ayat
     yang dibacakan oleh rakan.
*   Murid melakonkan aksi yang
     diarahkan .

BSPP: Sampul Ajaib, kad arahan, kotak

Nilai : patuh, kerjasama







Langkah 1
(20 minit)


Kad imbasan kata kerja
-       Lompat
-       Ketawa
-       Lari
-       Jalan
-       Tepuk
Ayat tunggal:
-Adik suka ketawa
-Abang sedang berlari
-Kucing sedang berlari
-Zali makan nasi

*   Guru bersoal jawab tentang
     gambar
*   Guru memanggil wakil murid setiap
     Kumpulan ke depan dan mamakai
     rantai kad kata kerja.
*    Murid menyebut perkataan yang  
     terdapat pada kad dan
     menunjukkan aksi kata kerja.
*    Guru menampal kad ayat yang
     mengandungi kata kerja di papan
     hitam. .
*    Guru membimbing murid
     membaca kad ayat tersebut.
* Murid diminta membaca kad ayat
 itu secara kelas dan kumpulan.
*Murid memberi respon terhadap ayat
  kata kerja yang diujarkan.
BSPP: Kad Imbasan, kad gambar dan  kad ayat

BCB: membaca dengan intonasi yang betul dan mendengar dengan aktif.
Nilai: kerjasama

Langkah 2 (10minit)



Permainan :
Kata Boboi’’ Aktiviti Kumpulan:
1. Ayat kata kerja
- angkat tangan kanan
-tepuk bahu kawan
-keluarkan buku teks
-pusing ke belakang
-duduk dengan senyap
-tepuk tangan dengan kuat

*   Murid mendengar penerangan   
    permainan “Kata Boboi”
*    Murid dibahagikan kepada dua
      kumpulan (A dan B)
*    Ketua kumpulan berperanan
     sebagai “Boboi” untuk
     memberikan arahan.
*    Kumpulan yang berjaya
     mengikut arahan dengan betul 
     dikira  pemenang.


KP: verbal linguistik, kinestetik
Nilai: kerjasama, hormat –menghormati
BSPP: Kad arahan

Langkah 3  (15 minit)


Guru memberikan lembaran kerja   kepada murid-murid.


*   Guru mengedarkan lembaran
     kerja dalam bentuk gambar
     berserta dengan ayat perintah .
*   Murid memadankan ayat
    mengandungi kata kerja yang
     betul dengan   gambar yang  
     sesuai.
*   Perbincangan dan bersoal
     jawab tentang jawapan
     bersama dengan guru dan
     rakan.
KB: menjana idea, meghubung
kaitkan
BCB mengumpul, memproses, Nilai: bekerjasama, menghargai
BSPP: lembaran kerja

Penutup
 (5 minit)


Penutup Kognitif:
 Penutup Sosial:
Lagu: Kalau rasa gembira
Kalau rasa gembira tepuk tangan,
Kalau rasa gembiara tepuk tangan,
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira tepuk tangan.
Ulang dengan perkataan lain


* Guru menerapkan penggunaan kata
   kerja kepada murid.    
 *  Murid diminta menyanyikan lagu
   ‘Kalau rasa gembira”’ sambil
   membuat  gerak kreatif 
   berdasarkan senikata.
  
                      


KP: Muzik, kinestetik

BSPP: Lirik Lagu
EMK: Kreativiti dan Inovasi

1 comment: